بسم الله الرحمن الرحيم
Kisah KITA bermula pada tahun 2009 di sebuah sekolah yang terletak di sebuah zon bernama Kajang. bermula dari seorang lelaki yang sangat berjiwa besar yang telah mengerahkan beberapa jundu-jundu untuk melaksanakan projek yang sangat besar ini. pada mulanya projek ini sukar diterima tapi berkat usaha lelaki tersebut akhirnya dia berjaya menarik hati-hati yang kosong dan diisi dengan cahaya dan harapan yang besar hingga akhirnya berjaya mengubah seluruh kehidupan mereka dan menjadikan mereka manusia yang berguna bukan sahaja untuk diri mereka tapi juga untuk masyarakat yang hidup bersama mereka.
Perubahan yang berlaku dari hari ke hari menjadikan kehidupan mereka dan masyarakat sekeliling lebih baik insyaAllah. perkara yang mungkar berjaya dikurangkan sedikit demi sedikit manakala yang baik dapat diterima secara berperingkat. ujian dan mehnah yang semakin berat terpaksa ditempuhi demi merialisasikan projek tersebut. jika projek ini tidak diteruskan maka akan berlaku lah kecelakaan yang besar kepada seluruh masyarakat. oleh itu, mereka teguhkan langkah untuk terus memikul beban ini dengan bantuanNya. tiada yang dapat menjadi motivasi bagi mereka melainkan balasan dariNya.
Lalu wujudlah sekumpulan manusia yang berkasih-sayang berbeza dengan manusia biasa, bekerja dan berlelah tanpa gaji dan balasan di dunia, sanggup menyibukkan diri tanpa mendapat keuntungan yang zahir. tidak cukup hanya untuk diri mereka kerana projek ini melibatkan masyarakat seluruhnya. oleh itu jundu-jundu baru perlu dikerah bagi mengelakkan dari keterbengkalaan projek ini. kemudian jundu-jundu yang baru meneruskan projek ini tanpa henti hinggalah ke hari penentu.
Akhirnya setiap jundu yang lahir dari projek ini menjadi manusia yang mengeti tujuan dan hadaf hidupnya. perpisahan mereka hanyalah di tahap jasad namun hati mereka tidak pernah sekali terpisah selagi mana mereka masih di dalam projek ini. projek ini tidak akan pernah berhenti walau seketika hinggalah semua manusia dapat merasai nikmat dan cahaya serta harapan seperti mana dirasai oleh mereka yang telah melaluinya. jika perkara tersebut telah dicapai maka dunia ini akan aman tanpa fitnah dan kerosakan.
inilah projek KITA..
^-^


mantapkan perjuangan KITA
ReplyDeletesaya pun kita.
ingin terus tarbiyah :)